Home

Selamat datang ke RAHMAD GUITAR CHORD, sebuah portal yang mengandungi Koleksi Lirik Lagu & Chord/ Kord Gitar. Bukan sahaja mengandungi lagu Malaysia malah kami turut menyediakan Chord lagu Indonesia, Barat dan Asia.

Matlamat kami adalah ingin menjadi sumber online utama guitar chord lagu lagu berbahasa Malaysia. Guitarchordcollection.com dibangunkan pada 16 Ogos 2011 dimana pada awal penubuhannya sekadar untuk mengisi masa lapang melengkapi koleksi kord gitar peribadi yang dahulunya hanya di simpan di deskop dan tidak dikongsikan secara UMUM.

Kami di anggotai oleh 3 orang anak jati kelahiran Malaysia yang cintakan muzik tanah air khususnya. Tujuan kami adalah memberikan informasi dan mengumpulkan sebanyak mungkin Lirik Lagu & Chord bagi memudahkan anda yang ingin belajar dan bermain muzik.

Anda juga boleh menjadi penyumbang koleksi kord gitar pada laman ini dengan berdaftar sebagai ahli kemudiannya menghantar kord gitar yang anda mahu kongsikan. Team kami akan review dan publish kord gitar pada laman ini.

Sekiranya kord gitar yang anda mahu tidak terdapat pada laman ini, anda boleh request chord yang anda mahukan dengan meninggalkan komen pada ruangan yang disediakan. Bagi mereka yang ingin dapatkan kord gitar dari artis atau band kesayangan anda, maka website ini pastinya menjadi pilihan anda kerana kami senantiasa mengUPDATE Chord lagu lagu baru.

Hak Cipta & Lirik Lagu yang terpapar di guitarchordcollection.com merupakan hak milik artis, composer, penulis lirik, atau band. Lirik Lagu yang terdapat pada laman ini hanya sebagai bentuk apresiasi dan pembelajaran semata.

Mungkin terdapat beberapa kekurangan yang kami sendiri akui di website kami seperti Chord Gitar kurang tepat, terlalu complicated dan sebagainya. Kami pun manusia biasa pasti kadang kala buat silap jua. Jika anda mempunyai saranan dan kiritikan yang membina anda dibenarkan memberi pandangan anda pada mana-mana paparan kord gitar yang kami tampilkan.

Teruskan menyokong Industri MUZIK Tanah Air.

 

KORD GITAR MALAYSIA TERBARU

KORD GITAR INDONESIA TERBARU

KORD GITAR ENGLISH TERBARU